Syukur, Kota Suci Mekah Bakal Dibuka Semula Pada 31 Mei Ini

TERKINI
May 29, 2020 - 01:09 PM


Ini sememangnya suatu khabar gembira buat umat Islam di seluruh dunia!

2 hari lagi, Kota Suci Mekah akan dibuka semula secara berperingkat sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Memetik laporan berita agensi antarabangsa yang berpangkalan di Ankara Turki, Anadolu Agency -- pembukaan semula Mekah akan dilaksanakan pada 31 Mei ini dalam dua fasa pelan penyesuaian bagi membolehkan penduduknya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Fasa pertama yang bermula hujung bulan ini bakal menyaksikan pergerakan keluar masuk ke Kota Suci dibenarkan antara pukul 6 pagi hingga 3 petang.

Dari aspek ibadat, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram juga akan dibenarkan mengikut langkah keselamatan sedia ada.

Seterusnya, bermula 21 Jun depan -- fasa kedua akan dilaksanakan yang mana orang ramai dibolehkan berada di luar rumah dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun, kafe dan kedai gunting rambut masih tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Manakala bagi majlis perkahwinan dan pengebumian hanya 50 individu dibenarkan untuk menghadirinya pada satu-satu masa.

Sumber: Anadolu Agency

Destination: