Ambil Masa 5 Tahun Untuk Move On, Fathia Doakan Aiman Dan Zahirah Bahagia

June 23, 2020 - 11:42 PM


Rupa-rupanya, Fathia Lati mengambil masa lama untuk melupakan bekas kekasihnya. Menurut Gempak, Fathia akui mengambil masa lima tahun untuk move on dari aktor Aiman Hakim Ridza.

5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on.

"Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

"Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam," katanya.

Mahukan yang baik-baik saja, Fathia juga mendoakan agar masjid yang dibina Aiman dengan Zahirah Macwilson kekal ke syurga.