Betul ke Ayda Jebat Dan Tunang Tinggal Sebumbung, Netizen Mula Buat Spekulasi

July 06, 2020 - 02:17 PM


LEBIH dua bulan mengikat tali pertunangan, pasangan pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir kelihatan semakin mesra apabila banyak menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun yang kurang menariknya apabila netizen mula berteka-teki sama ada mereka tinggal serumah kerana kerap berkongsi perkembangan bersama di laman sosial.

Seronoknya... belum kahwin boleh satu rumah walaupun realiti ada ramai di rumah, ni berdua saja dalam video. "Dulu-dulu aku bertunang jangan harap dapat jumpa macam ni selalu," komen seorang netizen

Bagaimanapun kembimbangan yang dibangkitkan netizen terjawab apabila Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, membalas komen berhubung isu berkenaan.

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini berkata dia masih tidak berani untuk keluar rumah dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Kita masih tak berani nak keluar sangat... takut. "Jadi, lebih baik jumpa, mesyuarat, penggambaran di rumah. Lebih selamat dan selesa. Tak perlu pakai mask dan sanitizer," tulis Ayda. Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian (online) pada 28 April lalu

Kisah perhubungan pasangan selebriti ini mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Ayda berkongsi foto cincin lamaran yang diterimanya semasa ulang tahun kelahiran ke-28 pada 18 Mac lalu

Sumber: mstar