"Rasa Macam Perlu, Tapi Sesuai Ke?" - Shuib Pertimbang Gelaran Datuk

July 07, 2020 - 01:57 PM


Perniagaan semakin rancak, pelawak Shuib mendedahkan dia telah ditawarkan kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri.

"Tapi, saya masih fikir-fikir lagi, saya ada bertanya pendapat orang lain termasuk pihak pengurusan dan rakanrakan terdekat dahulu. "Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya.

Saya sendiri tertany sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu sudah cukup. Tak tahulah, kita tengok dulu macam mana," katanya kepada mStar.

Katanya, walaupun dari sudut bisnes dia perlu mempertimbangkan tawaran gelaran berkenaan, namun secara peribadi Shuib merasakan bahawa dia memerlukan gelaran itu.