Anda Rakyat Sarawak Atau Kerja Di Sarawak? Jom Rebut Pakej 'Sia Sitok Sarawak', Dapat Diskaun Hingga 50%

August 18, 2020 - 12:37 PM


Anda penduduk Sarawak atau anda memiliki permit kerja di Sarawak? Nak menjelajah ke tempat-tempat menarik yang ada di seluruh Bumi Kenyalang itu?

Ini ada satu berita gembira untuk anda! 

Sarawak kini sedang melancarkan kempen pelancongan yang dikenali sebagai "Sia Sitok Sarawak" atau “Here and There Sarawak” -- di mana anda dapat menikmati produk-produk pelancongan dalam negeri pada potongan harga sehingga 50 peratus!

Promosi istimewa itu ditawarkan dalam tempoh tiga bulan antara 15 Julai dan 15 Oktober depan, dengan tempoh perjalanan bermula hari ini (17 Ogos 2020) sehingga 31 Disember 2020.

Kempen Sia Sitok Sarawak menawarkan lebih 30 tempat menarik, lawatan dan aktiviti di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri serta Mulu -- termasuk lawatan sehari serta lawatan penuh beberapa hari lengkap dengan penginapan dan makanan.

Antara pakej unik dan menarik yang ditawarkan semasa kempen termasuklah :

- Pelayaran di Sungai Sarawak

- Irrawaddy Dolphin Cruise di Santubong

- Memerhati burung di Taman Negara Kubah

- Aktiviti menyelam di Pulau Sarang

- Lawatan ke Kuching Wetland

- Lawatan ke Taman Negara Bako

- Lawatan ke Taman Negara Tanjong Datu

- Bermain golf di Eastwood Golf Miri

- Lawatan ke Bintangor dan Sarikei Countryside

- Meneroka Bintulu

- Menjelajah Mukah-Melanau

- Meninjau Gua Silabur

- Lawatan ke Kampung Sting

Menerusi kempen tersebut, bayaran untuk menyertai Sarawak River Sunset Cruise diturunkan daripada RM50 kepada RM25 seorang, manakala lawatan ke Taman Negara Mulu yang biasanya berharga sekitar RM2,000 kini ditawarkan pada harga RM600, tidak termasuk tambang tiket penerbangan.

Sebagai permulaan, kempen ini akan dibuka kepada petugas barisan hadapan COVID-19 Sarawak dan petugas bantuan yang antaranya termasuk dalam kalangan anggota Jabatan Kesihatan, polis, Rela, tentera, Maritim Malaysia dan bomba.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Sia Sitok Sarawak, anda boleh melawat laman web di alamat https://sarawak.travel/explore-all dan tempahan boleh dibuat di https://siasitoksarawak.rezgo.com/

Sumber: Bernama

Destination: