Anda Penjawat Awam? Jom Rebut Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Ni Khas Buat Anda!

September 04, 2020 - 11:33 AM


Bagi menghargai khidmat bakti yang dicurahkan oleh golongan penjawat awam ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19 -- Tourism Malaysia menawarkan pakej istimewa khas buat mereka sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Antara pakej istimewa yang ditawarkan adalah percutian 2 hari 1 malam dan juga 3 hari 2 malam melibatkan hotel ternama di sekitar Lembah Klang dengan harga dari RM120 seorang; serta tawaran diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian tiket masuk di beberapa produk pelancongan terpilih di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, malah mereka yang menempah pakej ini juga berpeluang mendapatkan tiket lawatan sekitar ibu negara dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, tetapi terhad kepada 5,000 tiket sahaja.

Mereka boleh mendapatkan pakej ini menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi pelancongan terpilih dan pakej ini boleh dilayari di lawan sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel.

Tempoh untuk membuat tempahan pakej adalah sehingga 30 September depan, manakala tempoh sah lawatan pula ialah sehingga hujung tahun ini, 31 Disember 2020.

Jadi, jika anda mempunyai ahli keluarga atau bergelar seorang penjawat awam adalah digalakkan mengambil peluang keemasan ini kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Dis 2021 susulan  pengumuman pakej rangsangan PENJANA.

Sumber: Bernama

Destination: