Syukur, Taman Negara Pahang Dibenar Buka Semula. Jadi Tunggu Apa Lagi, Jom Serbu!

TERKINI
October 23, 2020 - 02:06 PM


Ini ada satu berita baik kepada pelancong yang berada di negeri yang tidak terlibat dengan PKPB dan mencari sebuah destinasi percutian di tengah-tengah alam semulajadi yang hijau serta menenangkan.

Bermula hari ini (23 Oktober 2020)Taman Negara Kuala Tahan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Kuantan kembali dibenarkan untuk beroperasi -- selepas ditutup kepada orang awam pada 6 Oktober lepas  sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes COVID-19.

Pembukaan semula Taman Negara tersebut diumumkan oleh Jabatan Perhilitan menerusi laman Twitter rasminya semalam (22 Okt).

 

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pahang menasihatkan pengusaha resort, pemandu pelancong serta pengunjung Taman Negara untuk menghargai peluang pembukaan semula lokasi pelancongan tersebut dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menjaga aspek penjarakan fizikal. 

Untuk rekod, dilaporkan terdapat 170 pemandu pelancong, 38 pengusaha penginapan dan 17 agensi pelancongan di Taman Negara -- selain 78 pengusaha bot di Sungai Tahan dan 30 orang di Sungai Tembeling mencari makan dengan membawa masuk pelancong ke pusat rekreasi tersebut. 

Ramai pengusaha pelancongan di Taman Negara itu kini sedang berusaha sebaik mungkin memanfaatkan saki-baki masa yang ada bagi menarik semula pengunjung kerana berkemungkinan mereka tidak dapat beroperasi pada pertengahan November disebabkan Monsun Timur Laut.

Sumber: Bernama

Destination: