Yard & Co - Hidden Gem Di Pengerang Yang Tak Ramai Tahu

November 05, 2020 - 01:57 PM


Korang pernah sampai ke Pengerang tak? Untuk yang tak tahu, Pengerang ni terletak di daerah Kota Tinggi Johor. Dan nampaknya masih ramai lagi yang tak tahu dengan satu kafe yang agak unik di kawasan ini. Kafe Yard & Co ni memang sangat cantik dan terletak di tepi laut. Korang hanya perlu drive 1 jam sahaja untuk sampai ke Kampung Sungai Rengit ni.

Bertemakan alam semula jadi, kafe ini memang penuh dengan hiasan pokok-pokok kehijauan yang menambahkan seri dan memberikan suasana tenang kepada pelanggan. Dan kerusi di kafe ini juga diperbuat daripada rotan tau. Korang boleh duduk di tepi tingkap sambil minum coffee dan menikmati pemandangan laut yang sangat cantik.

Makanan di cafe ini juga sangat sedap dan ada banyak menu yang boleh korang pilih. Dari western, korean, brucnh, dan makanan tempatan, korang mesti akan puas dengan pilihan di sini. Kalau nak makan yoghurt yang dihidangkan bersama buah, granola, dan coconut flakes pun ada tau. Malah ianya merupakan salah satu menu utama yang menjadi tarikan di Yard & Co.

Kalau korang nak berjalan-jalan di kawasan ni, korang boleh pergi ke Abandoned Jetty yang berdekatan. Seni bina tinggalan dulu-dulu memang sangat cantik dan instagrammable. Korang juga boleh pergi ke pantai di Teluk Ramunia untuk berpiknik, mandi-manda, dan berjalan-jalan. Tapi make sure korang check dulu ramalan cuaca dan jangan datang waktu hujan okay?

Jadi kalau korang ada di Johor atau plan nak datang ke negeri ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan yang sedap-sedap di cafe Yard & Co. Memang best dan pemandangan dari dalam cafe tersebut memang memukau. Jangan lupa juga untuk ambil gambar banyak-banyak okay? Ingat, jaga SOP dan pakai penutup muka. Have fun guys!

Alamat: Yard & Co, 4785, 1, Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 81600 Pengerang, Johor.