Diskaun Separuh Harga Untuk Warga Melaka Jalan-Jalan Di 18 Pusat Pelancongan Negeri

November 09, 2020 - 04:30 PM


Jika anda merupakan rakyat Melaka yang memegang kad pengenalan dengan angka 04 atau 30 dan juga penduduk yang tinggal di negeri 'Bandar Bersejarah' itu -- ini ada satu berita gembira untuk anda!

Disebabkan Melaka antara negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama sebulan bermula hari ini (9 Nov) hingga 6 Disember 2020, anda masih berpeluang untuk merancakkan sektor pelancongan di negeri itu dengan tawaran diskaun sehingga separuh harga.

Menerusi 'Melakan Visit Melaka Packages 2020', mana-mana warga Melaka ditawarkan potongan harga 50 peratus apabila mereka mengunjungi 18  pusat pelancongan di negeri itu seperti :

- Melaka River Cruise

- Ghost Museum Melaka

- Zoo Melaka

- Monorail Melaka

- Taman Malaysia dan ASEAN

- Melaka Tropikal Fruit Farm

- Beca Melaka

Kerajaan negeri Melaka menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) melancarkan kempen tersebut sebagai usaha memastikan sektor pelancongan di negeri itu tidak terjejas teruk di sebalik ketidaktentuan ekonomi berikutan penularan COVID-19.

Ia juga diharap dapat membantu sektor pelancongan khususnya pemain industri dan peniaga kecil di negeri itu yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 yang tidak tahu bila akan berakhir.

Sumber: Bernama

Destination: