Gunung Stong - Gunung Idaman Hikers Yang Cantik Dan Memukau
Gunung Stong terletak di Taman Hutan Negeri Stong, Kelantan. Taman ini mempunyai hutan simpanan seluas 21,950 hektar yang berdekatan dengan pekan Dabong di Kelantan. Kalau korang merupakan pencinta aktiviti lasak seperti mendaki dan sukakan suasana flora dan fauna, boleh datang di sini. Air Terjun Jelawang yang famous tu terletak di sini juga.
Korang boleh datang ke Taman ini menggunakan lebuhraya 66 daripada Dabong dan hanya 5km sahaja drive sebelum exit ke lebuhraya D29. Atau korang boleh waze sahaja. Bila dah sampai korang perlu berjalan selama 10 minit untuk tiba di tapak permulaan Air Terjun Jelawang. Dari situ korang akan boleh lihat trail yang telah disimen yang akan membawa korang ke puncak air terjun tersebut dan Kem Baha.
Bila tiba di Kem Baha korang boleh pilih untuk tidur semalaman di sana. Sebab pendakian ke kem tersebut mengambil masa 2 jam. Jadi bila korang dah sampai di atas dan mandi-mandi bolehlah rehat di kem tersebut pada harga RM10 seorang untuk 1 malam. Kalau nak camping pun boleh pada harga RM3 untuk satu malam. Dari sini korang boleh memulakan pendakian ke beberapa gunung.
Korang boleh pergi ke Gunung Ayam, Gunung Tera, Gunung Che Tahir, dan Gunung Stong. Gunung Stong terletak 1,422 meter dari paras laut dan ianya merupakan puncak yang ke-101 tertinggi di Malaysia. Untuk sampai ke puncak ini dari Kem Baha korang perlu mendaki selama 3-5 jam, bergantung kepada stamina dan kelajuan korang.
Setibanya di puncak, korang akan dapat menyaksikan pemandangan laut China Selatan dan kepulan-kepulan awan yang sangat memukau di atas. Lebih-lebih lagi kalau korang lihat pemandangan tersebut pada waktu senja atau pagi. Memang sangat cantik dan berbaloi guys. Jadi kalau korang ada plan datang ke Kelantan tapi tak tahu nak buat aktiviti apa, bolehlah try mendaki Gunung Stong ni. Have fun!