Hammocks By The River - Tapak Perkhemahan Yang Cantik & Unik Di Hulu Langat
Disebabkan pandemik COVID-19 sekarang ini, ramai yang mula mencari aktiviti baru untuk meluangkan masa mereka pada hujung minggu. Ada yang berbasikal, ada yang pergi ke hotel-hotel murah, dan ada juga yang pergi masuk hutan untuk camping. Dan untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti camping, korang boleh pergi ke Hammocks By The River.
Terletak di Hulu Langat, korang boleh contact owner lokasi ini, Eddie Putera, untuk booking tapak khemah terlebih dahulu. Kalau korang booking awal, tapak yang betul-betul di sebelah sungai memang menjadi rebutan ramai tau. Hammocks By The River memang sangat bersih dan luas. Ia juga dikelilingi oleh rimbunan pokok yang cantik menambahkan lagi vibe untuk camping tu.
Harga untuk sewa tapak pula memang agak murah dan berpatutan iaitu pada RM25 untuk 2 orang. Manakala kalau korang nak datang bersendirian, harganya adalah RM30. Untuk tambahan setiap satu orang, korang perlu bayar extra RM25. Tapi korang juga boleh bayar package di mana semua khemah telah siap pasang dan korang cuma perlu bawa makanan sahaja.
Senang cerita, lokasi ni memang sangat cantik dan terdapat beberapa spot untuk korang ambil gambar. Instagrammable la kata orang. Sambil-sambil minum kopi korang boleh bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan ini. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah. Have fun!