Snow Monkey Menjadi Tarikan Utama Di Wilayah Nagano Jepun Pada Musim Sejuk

December 22, 2020 - 10:47 PM


Di Jepun, terdapat tarikan yang agak unik dan lain daripada yang lain. Di wilayah utara Nagano, pelancong boleh melihat monyet salji yang mempunyai tabiat berendam dalam air panas. Sebelum ini aktiviti tersebut diberi andaian bahawa monyet-monyet itu hanya ingin memanaskan badan mereka ketika musim sejuk. Air panas ini terletak di Joshinetsu Kogen National Park.

Kalau korang ada kesempatan untuk datang ke sini pada masa akan datang, waktu terbaik untuk melawat dan melihat monyet salji ini adalah pada bulan Januari dan Febuari. Tapi bukan setiap hari tau mereka mandi, mereka akan masuk ke dalam kolam tersebut pada hari yang sangat sejuk sahaja. Dengan kata lain, planning tu kena tepat.

Ini kerana korang perlu spend overnight untuk melihat monyet tersebut mandi pada awal pagi. Korang boleh tinggal di ryokan berdekatan dan rasakan sendiri nikmatnya mandi kolam air panas pada musim salji. Joshinetsu Kogen National Park tersebut buka pada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 4 petang setiap hari. Hanya pada musim spesial sahaja dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut kajian penyelidik dari Institut Penyelidikan Primat di Universiti Kyoto yang memerhatikan 12 monyet betina di Nagano, mereka mendapati bahawa tahap tekanan (stress) monyet tersebut berkurang sebanyak 20 peratus selepas mandi. Malah ada juga kajian lain yang menunjukkan bahawa monyet-monyet tersebut tak stress pun bila lihat pelancong ramai. Jadi apa pendapat korang? Tak sabar kan nak travel ke luar negara balik? 

Destination: