Santuari Kelah Terengganu - Pengalaman Unik Yang Tidak Dapat Dilupakan

January 14, 2021 - 01:57 PM


Korang pernah tak rasa ratusan ikan kecil berenang di celahan kaki korang? Itulah salah satu pengalaman unik yang boleh dirasai di Santuari Kelah Sungai Petang. Untuk sampai ke sini, korang perlu naik bot laju selama satu jam dari Jeti Pengkalan Gawi atau hentian Air Terjun Sungai Lasir. Dari sini, korang akan dapat lihat pemandangan yang sangat cantik yang berlatarbelakangkan pemandangan bukit dan tasik hijau.

Korang akan tiba di Pusat Kawalan Santuari Kelah untuk diberi taklimat. Ini kerana spesis ikan kelah ni sangat rare tau dan berharga sangat mahal iaitu pada RM100 per kilogram. Kemudiannya korang akan merentas laluan batu serta jambatan gantung selama 45 minit pada jarak 2.2 kilometer. Jangan risau, sepanjang perjalanan tersebut korang akan ditemani dengan pelbagai haiwan liar seperti rusa, burung, dan kijang.

Disebabkan ikan kelah ni merupakan spesis terpelihara, hanya 50 pengunjung sahaja yang boleh masuk dalam satu-satu masa. Pengunjung juga diberi masa selama 30 minit untuk bermain bersama ikan-ikan tersebut. Korang boleh beli makanan ikan pada harga RM2 (1 pek) untuk beri makan ikan tersebut. Sambil-sambil berenang, boleh tarik perhatian ikan di sana dengan makanan tadi.

Memancing juga tidak dibenarkan di sini. Tapi korang kena ingat tau, lokasi ini hanya dibuka pada bulan Mac hingga Oktober sahaja kerana musim monsun yang melanda di Malaysia. Untuk masuk ke sini murah sahaja pada RM10 untuk warganegara dan RM20 untuk bukan warganegara. Jadi kalau korang ada plan nak pergi Terengganu dari bulan Mac ke atas, boleh consider untuk singgah ke sini.

Destination: