Negara Yang Berpuasa Paling Lama Dan Paling Singkat Ramadhan 2021
PILIHAN EDITORBulan suci yang bermula awal dua minggu setiap tahun ini membuatkan sesetengah negara menjalani ibadah puasa pada musim panas dalam waktu yang lebih panjang ada juga akan berpuasa dalam jangka waktu yang pendek.
Bagi kita di Malaysia, kita berpuasa lebih kurang 13 jam setiap hari, dan dijangka akan menerima banyak taburan hujan. Tetapi negara mana yang akan memiliki waktu siang paling banyak dan negara mana yang akan berpuasa terpendek?
Ramadan terpendek pada tahun 2021:
New Zealand, Argentina dan Afrika Selatan masing-masing akan menjalani tempoh puasa terpendek iaitu selama 11 jam 30 minit.
Ramadan terpanjang pada tahun 2021:
Norway, Greenland dan Finland masing-masing akan menjalani tempoh puasa Ramadan terpanjang iaitu selama 20 jam.
Berpuasa di negara yang mengalami tempoh siang lebih panjang
Bagi umat Islam yang mejalani ibadah puasa di negara-negara dengan waktu siang yang sangat panjang selama sebulan Ramadan seperti do Helsinki dan Oslo, mereka tidak dapat berpuasa selama 20 jam.
Jadi, apa yang mereka buat?
Memetik portal The National News, di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa telah dinyatakan untuk membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain. Sebagai contoh, ramai yang akan mengikuti waktu puasa di Mekah di Arab Saudi.
Tahun ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.
Berikut adalah waktu terpanjang dan terpendek berpuasa sepanjang Ramadan 2021
Waktu berpuasa singkat:
Wellington, New Zealand: 11.5 jam
Buenos Aires, Argentina: 11.5 jam
Cape Town, Afrika Selatan: 11.5 jam
Malaysia: 13 jam
Singapore: 13.5 jam
Dakar, Senegal: 14 jam
Bangkok, Thailand: 14 jam
Waktu berpuasa normal:
New Delhi, India: 15 jam
Hong Kong: 15 jam
Muscat, Oman: 15 jam
Riyadh, Arab Saudi: 15 jam
Doha, Qatar: 15 jam
Dubai, UAE: 15 jam
Kaherah, Mesir: 15.5 jam
Baitulmaqdis: 15.5 jam
Kuwait City, Kuwait: 15.5 jam
Tokyo, Jepun: 16 jam
Rabat, Maghribi: 16 jam
Islamabad, Pakistan: 16 jam
Tehran, Iran: 16 jam
Beirut, Lubnan: 16 jam
Washington, DC, US: 16 jam
Madrid, Sepanyol: 16.5 jam
Beijing, China: 16.5 jam
Ankara, Turki: 16.5 jam
Moscow, Rusia: 17 jam
Paris, Perancis: 17 jam
Ottawa, Kanada: 17 jam
Kabul, Afghanistan: 17 jam
Waktu berpuasa terpanjang:
Zurich, Switzerland: 18 jam
Warsaw, Poland: 18.5 jam
London, UK: 18.5 jam
Berlin, Jerman: 19 jam
Oslo, Norway: 20 jam
Helsinki, Finland: 20 jam
Nuuk, Greenland: 20 jam
Sumber: Astro Awani