Warga Subang Jaya Kini Boleh Drive-Thru Di Da Men USJ, Siap Ada Ganjaran!

June 04, 2021 - 04:27 PM


Mesti korang dah biasa dengan restoran drive-thru macam Mcd, KFC, Starbucks, kan? Tapi korang pernah dengar tak pusat beli belah drive-thru? Haa, maksudnya korang boleh pesan makanan kemudian pandu lalu untuk ambil makanan korang, lebih selamat, dan praktikal untuk waktu-waktu macam lockdown kita sekarang ni. 

Warga Subang Jaya sekarang korang dah boleh pandu lalu di Da Men Mall USJ untuk membuat pembelian makanan, minuman, dan juga beberapa kedai runcit rangkaian yang lain. Tapi tidak lah macam drive-thru McD di mana korang pesan, bayar, dan ambil di situ.

Bagi menyingkatkan masa korang berada dan menunggu di drive-thru Da Men, korang akan membuat pesanan dan pembayaran terlebih dahulu, kemudian pandu lalu untuk ambil makanan je. Lebih kurang macam sistem order & pick up tetapi kelebihannya korang tak perlu nak turun kereta, bayar parking dan beratur menunggu giliran mengambil pesanan, dan tunggu pula makanan siap. 

Da Men mengambil langkah tersebut sebagai satu inisiatif untuk memberikan pembeli pengalaman membeli belah yang lebih mudah dan konvenien, sambil mengurangkan interaksi sosial dan juga sudah tentu dapat mempraktikkan penjarakan fizikal ketika lockdown satu Malaysia ni. 

Paling syok, mulai 15 Jun sehingga 30 Jun, Da Men akan memberkan ganjaran kepada 300 pelanggan pertama yang menggunakan perkhidmatan pandu lalu mereka, yang berjumlah RM16,000. Jadi, warga subang jaya tunggu apa lagi? Ayuh! 

BERIKUT ADALAH CARA UNTUK MENGGUNAKAN KHIDMAT PANDU LALU DA MEN MALL & SENARAI KEDAI YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

Destination: