Resipi Sotong Bakar Thai Ala Phuket Style!

FOODIE
June 16, 2021 - 02:05 PM


Akhirnya min ada masa untuk buat satu resipi yang dikongsi kan oleh seorang influencer terkenal. Sudah lama teringin nak buat bila lihat video Khairul Aming yang dikongsi oleh beliau dalam Instagram. Resipi ini sudah lama pernah dikongsi cuma baru-baru ini viral dan menjadi perhatian ramai netizen.

Resipi mudah ini cuma Sotong Bakar yang dicicah dengan homemade Sos Thai. Mengecur liur kalau korang tengok ni. Mari kita lihat bahan apa sahaja yang diperlukan untuk masak.

Bahan-bahan:

  • Sotong (kalau size besar boleh amik dalam 3-4 ekor)
  • 8 tangkai cili
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Garam
  • 3 sudu gula
  • Daun ketumbar
  • 3 biji limau nipis

Cara-cara Masak Sotong Cicah Sos Thai

  1. Untuk Sos Thai, masukkan 8 tangkai cili ke dalam lesung.
  2. Tumbuk cili tersebut.
  3. Kemudian masukkan 5 ulas bawang putih dan tumbuk lagi.
  4. Selepas itu, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Tambah 1 sudu sos tiram.
  6. Tambah 2 sudu sos ikan dan tambahkan sedikit garam.
  7. Masukkan 3 sudu gula.
  8. Perah 3 biji limau nipis dan tuangkan jusnya.
  9. Tambah daun ketumbar yang telah dihiris.
  10. Gaul semuanya.
  11. Untuk sotong pula, asingkan kepala sotong dan badannnya.
  12. Kelar badan sotong dan masak dalam kuali tanpa minyak dan bahan perisa.
  13. Untuk hidangan boleh tuangkan terus sos Thai ke atas sotong tersebut.
  14. Atau asingkan saja sos thai dan sotong tersebut ikut cita rasa korang.

Kredit gambar: Abidah Ramli

Siap! Inilah hasilnya Sotong Bakar di cicah Sos Thai ala Phuket Style, gitu! Ini min kongsi min buat sendiri untuk lauk tengah hari. Makan dengan nasi panas-panas sedap woh! Min kongsi juga satu video dari Khairul Aming buat rujukan korang semua. Selamat mencuba gais!

 Kredit: Khalifah Media Networks, Khairul Aming