Peminat Kpop Di Bangkok Bantu Pemandu Tuk Tuk Yang Terjejas Pendapatan
Sebagai salah satu negara yang menjadi destinasi pilihan ramai pelancong asing, Thailand juga negara yang paling teruk terjejas sektor pelancongannya apabila berlakunya pandemik. Kalau di Malaysia, kita ada beca di Pulau Pinang, dan Melaka yang menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar negara, di Bangkok, Thailand, dorang ada Tuk Tuk.
Menurut pemandu Tuk Tuk, selalunya mereka mampu memperoleh sekitar 1500 Baht (RM195) sehari dengan membawa penumpang ke destinasi-destinasi di Bangkok, namun kini pendapatan mereka teruk terjejas kerana hampir tiada langsung kedatangan pelancong ke Bangkok.
Namun, peminat Kpop di Thailand yang sebelum ini selalunya mengeluarkan dana bagi memasang iklan hari jadi bagi idola kegemaran mereka mengubah tradisi tersebut dengan sebaliknya membayar untuk memasing iklan hari jadi pada Tuk Tuk yang terjejas.
Selain pendapatan daripada memasang iklan tersebut, poster yang dipasang turut menarik perhatian ramai peninat Kpop untuk bergambar pada Tuk Tuk tersebut dan memberikan mereka pendapatan berbentuk tip.