Kucing Gergasi 3D Jadi Peneman Orang Lalu-Lalang Di Shinjuku, Tokyo
Meskipun kini Tokyo melaksanakan kembali perintah darurat susulan penularan COVID-19 dan bakal melangsungkan temasya Sukan Olimpik tanpa penonton.
Namun ada satu perkara menarik yang berlaku di ibu negara Jepun itu apabila terdapat sebuah papan tanda iklan gergasi bersaiz 154.5 meter persegi di daerah Shinjuku, Tokyo memaparkan seekor kucing 3D yang seakan-akan nyata.
Kucing jenis 'calico' itu dilihat bermain-main di sudut stesen kereta api, di tengah-tengah kesibukan bandar yang penuh dengan papan tanda dan lampu-lampu yang meriah.
Dengan skrin resolusi 4K -- kucing berwarna hitam, oren dan putih itu ada waktu-waktu tertentu ia akan bangun seperti ingin bermain dengan orang awam dan ada juga waktu tidurnya.
Menurut laporan media tempatan, pada sebelah pagi, kucing itu akan bangun secara terkejut manakala di sebelah petangnya pula ia akan berdiri dan mengiau kepada orang ramai yang lalu-lalang.
Kemudian pada sebelah malam, kucing comel itu akan baring dan tidur dengan posisi bersandar pada kakinya.
Orang awam yang melalui jalanan di Shinjuku dikatakan boleh melihat kelibat kucing itu antara jam 7 hingga 1 pagi setiap hari.
Kelibat kucing 3D itu telah menjadi viral di media sosial apabila salah seorang penduduk memuat naik video papan tanda tersebut yang terletak di pintu keluar stesen kereta api Shinjuku.
Bagi anda yang tidak sabar untuk melihat aksi kucing itu secara bersemuka dalam masa terdekat ini, jangan risau kerana anda boleh melihatnya di laman YouTube atau media sosial lain seperti Twitter.
Menurut laporan, papan tanda iklan tersebut antara yang paling menyerlah dan meskipun ia mungkin memerlukan sudut tertentu untuk melihat dalam kadar resolusi 3D, ia telah mencapai jumlah tontonan sehingga 190,000 bagi setiap orang yang melalui kawasan itu.
今日の15時半ごろに現地で撮られた映像です。雑踏が思いのほかうるさいので、声の大きさは調整しなきゃ。再生時、音量注意です!⚠️ pic.twitter.com/8OsmcyyVOo
— 新宿東口の猫 (@cross_s_vision) July 5, 2021
Sumber: Astro Awani