Taman Tema Dah Nak Buka! Ini Dia 10 Taman Tema Paling Menarik Di Malaysia!

September 29, 2021 - 04:37 PM


Legoland, Sunway Lagoon, Genting Highlands Theme Park... korang bangga tak yang Malaysia dikenali juga dengan bilangan taman tema yang bertaraf dunia. Ramai pelancong yang datang nak cuba taman tema kita tau!


Mungkin kita sendiri selalu kagum dengan taman tema yang dibina di negara orang, tapi korang dah cuba belum semua taman-taman tema dekat Malaysia?

Haa, letakkan dalam bucket list korang untuk kasi setel semua taman tema dekat Malaysia sebab taman-taman tema di Malaysia yang bertaraf dunia ni memang pastinya akan memberi kepuasan kepada bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa. 

Bukan sahaja rides yang memang akan buat korang menjerit keriangan, malah taman-taman tema di Malaysia juga lengkap dengan permainan interaktif, pertunjukkan langsung, persembahan magik, dan paling syok sekali tentulah taman air!

Antara taman tema dengan taman air yang paling terkenal di Malaysia sudah tentulah kedua-dua taman tema milik Sunway iaitu Sunway Lagoon di Selangor, dan Lost World of Tambun di Perak. 

Baiklah, ini dia 10 taman tema paling menarik di Malaysia

1. LEGOLAND, Johor Bahru 

Nama pun LEGOLAND kan? Memang taman tema ni, kesemua tarikan dan rides dibina menggunakan Lego Bricks. LEGOLAND merupakan taman tema antarabangsa yang pertama dibina di Malaysia dan telah menarik ribuan pengunjung dari luar negara setiap tahun. 

Tarikan utama — Pengalaman yang hands-on, banyak benda di LEGOLAND ni korang boleh sentuh, cabut, dan pasang sendiri, macam main LEGO, tapi versi gergasi! 

LEGOLAND MALAYSIA RESORT

2. Sunway Lagoon Theme Park, Selangor

Memang boleh dikatakan tak lekang dari mulut orang Malaysia, lagi-lagi orang Lembah Klang, kalau nak berseronok, memang Sunway Lagoon akan ada dalam pilihan. 


Tarikan utama — Lebih daripada 80 tarikan di dalam satu taman tema yang terbentang seluas 88 ekar. Taman tema Sunway Lagoon dibahagikan kepada 5 taman yang berbeza iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park and Scream Park.

SUNWAY LAGOON

3. Skytropolis, Genting Highlands, Pahang

Antara taman tema yang orang Malaysia paling nanti-nantikan, dan akhirnya dibuka. Dulu dipanggil Genting Highlands Indoor Theme Park, kemudian diberikan tema baru Skytropolis. Kalau korang nak tahu, Genting Highlands lah yang pertama di dunia membina taman tema tertutup, ataupun indoor.

Tarikan utama — Mengambil inspirasi dari 'masa hadapan' dan bertemakan festival yang dipenuhi dengan lampu-lampu yang mampu menerangi hari-hari anda! Hehe

SKYTROPOLIS

4. Sunway Lost World of Tambun, Ipoh, Perak
Fuh! Yang kedua dari Sunway, memang kalau Sunway buat taman tema, tidak akan mengecewakan! Kalau korang mencari satu percutian yang merangkumi gabungan keseronokan dan pengembaraan, korang kena datang ke Lost World of Tambun.

Tarikan — 6 taman raikan yang memberikan keseronokan dan pengembaraan yang berbeza iaitu Water Park, Amusement Park, Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Adventure Park.

LOST WORLD OF TAMBUN

5. ESCAPE Theme Park, Pulau Pinang



Salah satu daripada taman tema yang berkonsepkan alam dan dibina berdekatan alam semulajadi, dengan konsep yang mesra dengan alam. Taman tema ESCAPE bakal memberikan korang pengalaman yang seronok, dan mencabar tenaga! Lepas berseronok, konfem pengsan!

Tarikan — Rides di dalam alam semulajadi, dan taman air dengan gelongsor air paling panjang di dunia. 

ESCAPE PENANG

6. Hello Kitty Town, Nusajaya, Johor

Tak perlu diulas panjang, Hello Kity Town ni memang tempat yang paling sesuai untuk dibawa kanak-kanak. Tema Hello Kitty yang dibawa memang sangat-sangat mengagumkan, dan tarikan serta rides yang sangat interaktif menjanjikan pengalaman yang syok giler! 

Berasal dari Jepun, Hello Kitty Town Malaysia merupakan taman tema daripada kumpulan tersebut yang pertama dibuka di luar negara matahari terbit itu. 

Tarikan — Pertunjukan langsung Hello Kitty dan rakan-rakannya di pentas The Purrfect Stage.

HELLO KITTY TOWN

7. Wet World Water Park, Shah Alam, Selangor. 

Ini tempat lejen tau! Wujud sejak tahun 1996, kesemua tarikan di sini dijamin selamat untuk kenak-kanak, menjadikan taman tema air ini family friendly!

Tarikan — Pernah dianugerahkan “Best Small Water Park” dan “First Green Water Park” pada tahun 2011.

WET WORLD WATER PARK

8. A'Famosa Theme Park, Melaka

Kalau dah berjalan ke Melaka, memang wajib pergi A'Famosa Theme Park ni sebab Melaka memang dikenali sebagai negeri yang panas je manjang! Jadi, tarikan-tarikan air di A'Famosa memang banyak dan seronok untuk diterokai, malah untuk orang dewasa. 

Tarikan — Taman tema terbesar di Malaysia, dan kalau korang penat main air, boleh berehat santai di pasir putih pantai buatan dorang. Best!

A'FAMOSA MELAKA

9. Skytrex Adventure, Selangor

Macam jungle trekking, tapi Skytrex sajikan pada korang pengalaman trekking dari pokok ke pokok! Konsep tersebut berinspirasikan daripada alam fantasi. Semua sekali ada 23 cabaran yang korang kena lengkapkan tau! 

Tarikan — Cabaran dengan pelbagai bentuk cara permainan termasuk terbang, hayun, gelongsor, dan bergayut. 

SKYTREX ADVENTURE

10. i-City Shah Alam, Selangor

Memang dekat Malaysia kalau taman tema kena ada air, termasuk juga taman tema i-City, taman air dorang memang best! Tapi, kalau korang tak rasa macam nak main air, boleh cuba rumah salji! 

Tarikan — Jangan terlepas untuk cuba Ultimate Tornado di taman air i-City. Ianya merupakan yang pertama di Asia Tenggara, kalau tak cuba memang rugi!

i-City Shah Alam