5 Hidden Gem Di Pulau Langkawi Yang Korang Boleh Explore

October 21, 2021 - 04:23 PM


Mesti korang semua dalam mood nak bercuti sejak dah boleh rentas negeri ini kan? Harini min share 'spots' yang menarik di sekitar Pulau Langkawi. Mungkin ada beberapa spot yang ramai tak tahu. Dapatlah korang bercuti dengan tenang dan santai.

1. Masjid Al-Hana

Masjid Al-Hana adalah masjid yang terbesar di Pulau Langkawi. Dibina sekitar tahun 1950. Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Timur Tengah yang mempunyai menara-menara bersaiz besar dan kecil. Setiap satu menara ini dilengkapi dengan kubah mengikut kesesuaian.

Semua kubahnya berbentuk bawang, namun terdapat dua warna yang membezakan antara kubah yang dibina di bahagian bumbung dengan kubah yang dipasang pada menara, iaitu pilihan warna kuning hitam dan warna biru. Ukiran-ukirannya dikatakan mengikut hiasan kehebatan seni Islam dari Uzbekistan. Korang bolehlah menikmati atau bergambar dengan senibina masjid yang cukup indah dan gah.

2. Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun yang terletak di Gunung Mat Cincang ini dinamakan Telaga Tujuh kerana ianya dibentuk daripada tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Sungai Perangin bermula di puncak Gunung Machinchang menghasilkan tujuh peringkat air terjun. Air terjun ini menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh.

Ianya mempunyai tarikan tersendiri disetiap peringkat air terjun. Lebih 600 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke kawasan Telaga Pertama yang menjadi tumpuan utama untuk berkelah, mandi-manda, beristirehat serta melihat panaroma kawasan gunung yang menarik. Berada di Telaga Tujuh seolah-olah berada di puncak keindahan alam semula jadi. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih untuk berkunjung ke sini, pasti tidak akan menyesal.

3. Pantai Pasir Tengkorak

Kalau orang luar datang dan layan Pantai Cenang, orang Langkawi pula senyap-senyap layan piknik kat Pantai Pasir Tengkorak yang terpencil ini.

Tempat ini kecil sahaja kalau dibandingkan dengan pantai lain kat Langkawi. Dan bila nak masuk ke kawasan pantai, anda akan masuk ke kawasan hutan rekreasi Pantai Tengkorak. Disebabkan adanya dua tarikan ini, hutan rekreasi dan pantai, anda akan jumpa tempat duduk untuk keluarga yang bakal bekalan menjamu selera. Dan dengan pokok-pokok besar di tepi pantai, nak berteduh pun bukan masalah.

4. Gunung Mat Cinchang

Gunung Mat Cinchang adalah gunung yang kedua tertinggi di Langkawi. Terkenal dengan permandangan yang sangat memukau dan kaya dengan flora dan fauna. Trek di sini agak mencabar, min suggest yang betul betul fit je boleh try daki gunung ini. Baru lah lain dari yang lain percutian korang kali ini!

5. Pantai Pasir Hitam

Korang pernah lihat satu fenomena alam di mana pasir pantai yang biasa kita lihat berwarna putih atau keperangan, menjadi hitam dan menutupi sebahagian permukaan pantai?

Kebiasaanya, fenomena unik sebegini berlaku dan dilihat di luar negara, tapi tahukah anda, fenomena pantai pasir hitam ini sebenarnya ada di negara kita sendiri! Ianya dikenali sebagai Pantai Pasir Hitam di Pulau Langkawi. Pantai Pasir Hitam ini luas dan sebahagian daripada pesisirnya menjadi tempat berlabuh kepada bot-bot nelayan. Fasilitis yang disediakan di sekitar tempat ini juga lengkap untuk kemudahan para pengunjung. Memang sesuai sangat untuk korang yang suka bergambar, tak perlu pakai filter B&W. 

Destination: