Perhatian Para Hikers Dan Cyclist! Glass House Carpet Hill Penang Destinasi Anda Patut Pergi

October 28, 2021 - 05:10 PM


Perhatian warga Penang! Terdapat satu lokasi yang cukup cantik terletak di Carpet Hill yang amat sesuai untuk para hikers dan cyclist untuk bersantai dan memang ngam untuk korang bergambar!

Carpet Hill ini memang tidak asing lagi buat kaki hiking dan berbasikal, mereka ini memang sukakan cabaran dan laluan yang baru. Laluan untuk ke puncak Carpet Hill ini memang sesuai untuk korang yang sukakan cabaran kerana ia dibuat dari semen dan jalan tar. Perjalanan menuju ke puncak sememangnya ditemani permandangan yang cukup indah, lagi lagi pada waktu petang.

Untuk ke Glasshouse, jalannya agak mencabar tetapi saya janjikan yang ianya memang berbaloi bila korang sampai di situ. Korang bayangkan la dapat melihat satu permandangan Balik Pulau/ Bayan Lepas dan juga jambatan Pulau Pinang 2.

Macam saya sebutkan tadi, waktu yang paling sesuai untuk mendaki adalah pada waktu petang sama ada korang berjalan ataupun berbasikal bersama keluarga dan teman-teman. Korang wajib cuba beraktiviti kat sini, sekali sekala kita berpeluh di hujung minggu!

Destination: