Semungkis Survival Camp: Camping 'Beratapkan' Kabus Cuma 40 Min Dari KL

November 02, 2021 - 06:00 PM


Bagi korang yang menetap di ibu kota Kuala Lumpur atau sekitar Selangor dan mencari lokasi percutian yang tenang serta mendamaikan di tengah-tengah alam semulajadi penuh kehijauan, korang mungkin boleh ke Hutan Lipur Sungai Semungkis, Hulu Langat.

Hanya mengambil masa pemanduan kira-kira 40 minit dari Kuala Lumpur, di sini korang bakal merasai sebuah pengalaman berkhemah atau camping di tengah hutan belantara dan berpeluang mandi sungai yang jernih dan sejuk airnya.

Lebih istimewa lagi percutian ini pastinya akan membuatkan jiwa 'nature' korang kembali aktif kerana tidur 'beratapkan' kabus serta 'berdindingkan' pepohonan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai pengalaman bercamping ke Hutan Lipur Sungai Semungkis ini, jom kita baca perkongsian daripada seorang pembaca Rileklah yang bernama Fariz Ali.

PENGALAMAN BER’CAMPING’ DI BAWAH PAYUNGAN KABUS

Bertempat di Hutan Lipur Sungai Semungkis, Hulu Langat. Tempat ini dikira agak baru juga dibuka kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman ber’camping’ berlatar belakangkan bunyi-bunyian unggas hutan di malam hari. Tempat yang dimaksudkan adalah "SEMUNGKIS SURVIVAL CAMP".

Ianya sebuah kawasan yang diuruskan di atas inisiatif penduduk Kampung Sungai Semungkis sendiri.

Keistimewaan campsite ini yang terletak di kawasan yang paling hulu sekali di sepanjang Sungai Semungkis sudah semesti air sungainya yang jernih & bersih.

Aliran sungainya pula tidak terlalu deras & sangat ‘kids friendly’, tetapi kalau anda hebat boleh cuba tangkap udang kecil hanya dengan menggunakan tangan sahaja!

‘Campsite’nya pula sangat bersih. Tong sampah ada disediakan di setiap campsite. Kemudahan seperti surau & tandas juga ada tersedia.

Keterujaan ber’camping’ di sini bermula sejak tibanya kami di sini. Mana tidaknya, lokasinya berpayungkan kabus di atas ‘campsite’. Cukup redup dan mendamaikan.

Tika malam menjelma, bunyi-bunyian unggas mula menemani deruan air sungai menghiasi suasana malam di campsite ini.

Line telefon? Celcom kami berfungsi dengan baik.

Daripada aspek keselamatan juga dijaga oleh pengusaha campsite. Lampu-lampu memenuhi ruangan campsite sehingga pukul 12 tengah malam sebelum generator ditutup.

Sebelum ditutup, pegawai peronda membuat pemeriksaan keselamatan di kawasan sekitar. Terasa selamat sedikit ketika berkhemah.

Kalau anda nak rasa pengalaman ini, marilah ke sini untuk merasainya!

SEMUNGKIS SURVIVAL CAMP (SSC)

ALAMAT: Hutan Lipur Sg. Semungkis, Hulu Langat, Selangor

CHECK IN: 9 Pagi 

CHECK OUT: 3 Petang

HARGA: RM30 (bermalam), RM20 (balik hari), Kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah Percuma

NO TEL: 013-809 9849 (tempahan)

Sumber & Kredit Gambar: Fariz Ali

Destination: