Tak Masuk Akal 3 Kisah Viral Restoran Ni! Pening-Pening Buat Apa, Makan Donat Oh Mango Jer!
Sejak kebelakangan ini, satu negara kecoh dengan rentetan kisah viral yang dicetuskan beberapa restoran di lokasi pelancongan popular selepas didakwa 'memancung' pelanggan dengan harga yang tidak masuk akal.
KISAH 1: Restoran Ini Jual Nasi Putih Semangkuk Pada Harga RM25.00? Anda Sanggup Beli?
Baru-baru ini pengguna media sosial dikejutkan dengan rasa tidak percaya dengan harga semangkuk nasi di sebuah hotel mewah di Singapura yang didakwa tidak masuk akal.
Ia dibongkarkan oleh seorang pengguna TikTok yang menginap di suite presiden hotel Marina Bay Sands (MBS), di mana dia menerima bil hampir S$19.00 atau sekitar RM58.53 untuk dua mangkuk kecil nasi putih.
Video resit menunjukkan bahawa setiap mangkuk berharga S$8.00 atau RM24.64 setiap satu, ditambah S$3.00 (RM9.24) untuk caj perkhidmatan dan cukai. “Semangkuk kecil nasi putih yang paling mahal,” kata pengguna itu.
KISAH 2: Pelancong Kena 'Pancung' Ribuan Ringgit Makan Seekor Siakap Kat Langkawi! Gilerlah!
Pada mulanya, kisah siakap Langkawi mahal heboh apabila sekumpulan individu mendedahkan di Facebook mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran 7 kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Kemudian rupanya ada juga sebuah keluarga ke Langkawi yang turut menerima nasib sama apabila terpaksa membayar hidangan tengah hari mereka berjumlah RM 1738.70.
KISAH 3: Tular dakwaan rakyat Malaysia habiskan RM207,000 makan di restoran terkenal Salt Bae di London
Beberapa hari ini tular satu gambar yang mendakwa seseorang dari Malasia berbelanja sebanyak £37,023 atau RM207,712 di restoran terkenal Salt Bae di London.
Difahamkan mereka yang duduk bersamanya menikmati makanan di restoran Salt Bae adalah ahli keluarganya. Kesemua mereka mendapat layanan istimewa dari Nusret Gökçe, pemilik restoran terkemuka tersebut.
Bagi gambar resit yang tular tersebut, ia sebenarnya diambil daripada berita lama yang dikeluarkan oleh media Inggeris, iaitu The Independent pada 16 Oktober 2021 dengan tajuk; Customers shock over £37,000 bill at Salt Bae’s new restaurant has people divided.
TAK PAYAH PENING KEPALA, MAKAN 'OH MANGO' JE SENANG & CONFIRM SEDAP!
Daripada kena tipu dan terpaksa berbelanja sebanyak itu, lebih baik korang makan je donat terbaharu daripada Big Apple Donuts & Coffee.
Jika anda penggemar mangga dan mungkin selalu menikmatinya dalam bentuk buah semata-mata atau paling tidak dijadikan jus mangga, jeruk, mango cheese cake, dimakan bersama pulut atau colek mempelam -- donat terbaharu ini paling sesuai bagi memikat selera anda!
Apa kata anda cuba bertukar selera dengan donat Oh Mango!
Donat berperisa mangga ini semestinya bukan biasa-biasa kerana ia dipenuhi dengan gabungan isi buah mangga segar berserta krim mangga yang bakal menambahkan lagi kelazatannya ketika dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Big Apple Donuts & Coffee tampil dengan idea dan variasi donut berperisa mangga ini seiring dengan mottonya “Every Piece is a Masterpiece”. Makan Oh Mango! yang sangat lembut ditambah dengan tekstur berkrim, pasti membuatkan anda sukar untuk berhenti dengan hanya sebiji donat, silap-silap sekotak Oh Mango! itu pun anda seorang boleh menghabiskannya. Hehehe…
Sebaik gigitan pertama sahaja, hidung anda pasti terhidu aroma buah mangga yang sangat harum baunya dan membuatkan selera semakin memikat. Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan Oh Mango! versi premium ini sementara stok masih ada.
Anda boleh mendapatkannya dengan mengunjungi sendiri kedai rangkaian Big Apple Donuts & Coffee di seluruh negara atau lebih mudah pesan saja secara online di Big Apple Donuts & Coffee dan juga menerusi Foodpanda, BeepIt dan Smartbite.
Kalau anda nak tahu sekarang ini Big Apple Donuts & Coffee sedang mengadakan promosi menarik untuk kesemua jenis donat keluarannya, termasuk donat premium berperisa mangga, Oh Mango! ini.
Antara donat best seller Big Apple yang rugi kalau anda tak rasai adalah seperti Coconana, Hey Nutty, Hunky Chunk, Donutella, Starlight, Oh Hazel dan Misu Choco. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Big Apple Donuts & Coffee dan Instagram Big Apple Donuts & Coffee.