5 Air Terjun Indah Yang Tak Jauh Dari Kuala Lumpur!

November 26, 2021 - 02:19 PM


Setelah lama duduk di rumah masa PKP haritu kan, mesti anda inginkan satu aktiviti luar yang dapat memberi nafas baru kepada anda! Tapi takkan la anda nak luang masa membeli belah di mall ataupun pusing taman di kawasan rumah je kan. Apa kata kali ini anda dekatkan diri dengan semulajadi di air terjun atau sungai yang tak jauh dari bandar Kuala Lumpur!

1. Sungai Chiling

Air terjun ini sesuai sangat untuk anda yang inginkan satu aktiviti sihat lepas dah lama terperap di rumah! Anda perlu jungletreking selama  lebih kurang satu jam, melintasi 5 sungai sebelum tiba di air terjun yang sangat best! Kalau ada rezeki, anda boleh berenang bersama ikan-ikan di sungai!

2. Sungai Gabai

Air Terjun Sungai Gabai ini sesuai untuk anda yang inginkan satu lokasi rekreasi yang mudah diaskses, Lengkap dengan tempat letak kereta. Tapi kalau anda nakkan sesuatu kelainan, anda boleh menaiki 333 anak tangga untuk naik ke air terjun!

3. Sungai Kanching

Air Terjun kali ini ada 7 level yang mampu mencabar anda! Lagi tinggi anda naik lagi puas permandangan yang anda dapat! Air terjun ini sememangnya salah satu daya tarikan utama di Kanching Eco Forest Park untuk jadi spot berkelah. Anda juga boleh hiking di kawasan ini

4. Sungai Tekala

Terletak berhampiran dengan Empangan Semenyih, Sungai Tekala adalah sebahagian dari Hutan Rekreasi Sungai Tekala, dikelilingi dengan pelbagai tumbuhan tropika yang memukau! Air terjun ini tak berapa tinggi jadi sesuai untuk anda yang sukakan satu aktiviti yang santai! Cuma perlu berjalan selama 10 minit dari tempat letak kereta. 

5. Air Terjun Ulu Perdik

Air Terjun Perdik adalah kawasan yang sangat sesuai bagi kumpulan atau rakan sekerja yang inginkan aktiviti team building. Jungle trekking yang mencabar serta aktiviti pendakian ke Bukit Chenuang yang berketinggian 850 meter dari paras laut pasti dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli kumpulan.

*Sedikit pesanan ringkas: 1.Jaga tingkah laku ketika berada di sana 2. Elakkan pergi ke sungai atau air terjun ketika hujan lebat kerana boleh meragut nyawa anda. 3. Jangan lupa untuk membawa pulang sampah anda

Destination: