Tiada Lagi Kapal Terbang Lintas Atas Kepala, Spot Lihat Kapal Terbang Ditutup

GAYA HIDUP
December 01, 2021 - 03:55 PM


Macam biasalah kan, bila sesuatu perkara itu viral mesti bakal mendapat perhatian orang ramai. Perkara yang sama berlaku di mana satu spot untuk bergambar berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ditutup akibat dibanjiri pengunjung.

Sumber Gambar: DrSinga

Setelah viral di pelbagai platform sosial media, orang ramai dengan cepat mengambil peluang untuk bergambar di spot yang cukup menarik dan unik itu.

Perkara ini dikongsi oleh pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah.

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih kerana ‘spot’ tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung. Malah, ada juga netizen yang menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.

Anjung Spotter KLIA

Terletak di Jalan Pekeliling bersebelahan dengan Runway 32 Left (32L), lokasi itu adalah hotspot terbaharu untuk tetamu yang berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dek yang diberi nama Anjung Spotter itu dibina dalam jarak 10 kilometer x 10 kilometer dari lapangan terbang dan ia adalah idea daripada pasukan media sosial Malaysia Airports yang sentiasa mendengar pandangan daripada rakan-rakan komuniti penerbangan.

Dek pemerhatian terbaharu itu akan memberi kesan sama kepada ramai rakyat Malaysia tambahan pula lokasinya memberi pemandangan lebih sempurna tentang pesawat yang melalui Runway 32L.

Destination: