Taman Tema Air Terbaru Buat Semua Orang Utara
Perhatian kepada semua orang Utara terutama yang berada di negeri Kedah, Fantasia Aqua Park kini dibuka pada 2hb Disember lepas. Taman tema air ini terletak di Jitra dan banyak penambahbaikan yang telah di baik pulih dari segi fasiliti, aktiviti di sana bagi dan sebagainya untuk keselesaan pengunjung. Menu yang terdapat pada cafe-cafe di sana juga katanya telah dibaik pulih dengan banyak pilihan menarik untuk korang try.
Setiba di sana, korang akan disambut oleh empat maskot rasmi Fantasia Aquapark iaitu Bee Bee, RaRa, Rem dan juga Eemut yang akan membawa mereka memasuki ke dunia serangga yang penuh warna-warni. Ini tentu akan membuatkan anak-anak kecil berasa teruja sekali gus memeriahkan lagi suasana di sana.
Menarik lagi tentang tempat ini adalah mereka mula memperkenalkan konsep "cashless payment " di mana QRcode digunakan untuk setiap perbelanjaan di dalam taman tema itu. Ini bagi memudahkan urusan korang supaya tidak perlu bersusah payah memegang wang kertas malah ia juga menggalakkan lebih ramai lagi orang menggunakan pembayaran secara E-tunai.
Sempena pembukaan semula itu Taman tema air Fantasia AquaPark menawarkan promosi harga tiket masuk RM18 bagi semua kategori pengunjung kecuali warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dikenakan bayaran RM12 manakala percuma bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke bawah.
Ticket buat masa ini hanya boleh dibeli Di kaunter ticket Fantasia Aquapark bila buka secara tunai.