Pelancongan Melaka Bertambah Rancak Dengan 'Bas Singgah-Singgah' Elektrik
Mulai hari ini (11 Mac) -- sektor pelancongan di Melaka bertambah rancak dan meriah dengan perkhidmatan "Bas Singgah-Singgah" berkonsepkan bas pelancongan yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya!
Perkhidmatan berkonsepkan bas pelancongan elektrik yang pertama diperkenalkan itu merupakan ikon dan produk baharu Melaka yang dilihat mampu menarik lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri tersebut.
Bas Singgah-Singgah dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri selain mengaplikasikan teknologi hijau bebas tanpa karbon monoksida.
Projek ini juga merupakan antara projek perintis Hijau di bawah Green Mobility dan ia juga merupakan satu daripada elemen dalam Smart Melaka Blueprint 2035,
Panorama Melaka Sdn Bhd (Panorama) iaitu syarikat pengendali bas tersebut menyasarkan kira-kira 290,000 penumpang setahun.
Bas itu dilengkapi 2 komponen iaitu ruang berhawa dingin dan terbuka, selain mempunyai ciri informasi pelancongan serta menggunakan e-tiket.
Perkhidmatan bas itu akan melalui 6 hentian di kawasan tumpuan pelancongan dengan laluan sejauh 47 kilometer bagi satu pusingan iaitu :
- Bermula di Melaka Sentral
- Zoo Melaka
- Quayside
- Menara Taming Sari
- Muzium Kapal Selam
- Dataran Klebang
Sebanyak 7 lagi Bas Singgah-Singgah akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi memastikan perkhidmatan itu dapat diperluaskan di lokasi-lokasi pelancongan.
Sebagai permulaan, rakyat di Melaka berpeluang menikmati perkhidmatan Bas Singgah-Singgah itu secara percuma bermula hari ini hingga penghujung Mei ini.
Sumber: BERNAMA