Jepun Buka Pintu Buat 10,000 Ketibaan Antarabangsa Mulai April

VIRAL
March 16, 2022 - 05:31 PM


Jepun sedang mempertimbangkan untuk menambah jumlah ketibaan antarabangsa kepada 10,000 sehari berbanding 7,000, bermula April ini dan melonggarkan kawalan sempadan COVID-19, memetik sumber kerajaan pada Selasa.

Menurut berita Kyodo, Perdana Menteri Fumio Kishida berkata kerajaan akan melonggarkan kawalan sempadan secara berperingkat dengan mengambil kira situasi jangkitan di dalam dan luar negara serta langkah kawalan sempadan yang dilaksanakan negara lain.

Penularan varian Omicron dilihat semakin perlahan di kebanyakan kawasan dan bandar seperti Tokyo mahu sekatan antivirus ditamatkan seperti dijadualkan iaitu Isnin depan.

Pada akhir November Jepun melarang kemasukan warga asing bukan pemastautin sebagai langkah pencegahan berikutan kemunculan Omicron.

Memandangkan ramai pelajar asing sedang menunggu menyambung pengajian di Jepun, kerajaan memaklumkan akan memberi keutamaan kepada kemasukan pelajar.

Kebanyakan pelajar dijangka tiba pada akhir Mei, kata jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno.

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video