Pulau Carey Bosan? 7 Lokasi Menarik Untuk Anda Lawati Di Pulau Carey!

June 08, 2022 - 02:56 PM


 

Banyak sebenarnya lokasi menarik di sekitar Selangor ni! Korang nak something yang moden pun? Ada! Nak rasai keunikan kepelbagaian budaya di Selangor? Pun ada jugak tau! Terdapat pelbagai lokasi yang kaya dengan sejarah dan budaya tempatan. Kali ini, jom kita explore lokasi menarik yang ada di Pulau Carey! 

1. Amverton Cove Golf & Island Resort

Resort yang terletak di Pulau Carey ini memang mesra keluarga! Yang menjadi tarikan utama resort ini adalah padang golf yang diiktiraf antara yang terbaik di Malaysia. Selain itu, antara fasiliti yang ditawarkan adalah gim, spa dan juga restoran untuk santapan anda! Wifi juga percuma untuk setiap pengunjung. Bilik yang ditawarkan juga cukup cantik dan lengkap dengan penghawa dingin dan tv flat screen. 

Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak bermain golf memang sesuai sangat! Apatah lagi yang professional. Padang golf di sini cukup cantik dan dijaga rapi untuk kepuasan yang maksima!

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

2. Riverine Splash Water Theme Park

Riverine Splash Water Theme Park adalah satu resort yang menjanjikan keseronokan untuk anda sekeluarga! Lengkap dengan taman tema air yang mempunyai 12 tarikan dan gelongsor untuk anda cuba! Antara yang menarik adalah Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan juga Kiddie Beats yang khas untuk anak kecil.

*tutup setiap hari Selasa, waktu operasi bermula dari 10 pagi - 6 petang

Harga Tiket

Dewasa Kanak-kanak
RM 58 RM 38

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

3. Riverine Survival Park

Antara tarikan yang patut korang pergi dengan kawan-kawan adalah Riverine Survival Park! Korang boleh cuba explore Garden Maze dan halangan atau memanjat rumah kayu! Nak ootd kat sini pun sesuai sangat! Selain itu korang boleh cuba Flying Fox zip line yang merupakan tarikan terbaru di sini! Sesuai untuk pengunjung yang berumur 3 tahun ke atas dan juga dewasa.

Nak bersantai sambil berkelah di sini pun sesuai sangat! Terdapat perkhidmatan yang disediakan iaitu berharga RM30 untuk makanan dan minuman (4 pax), tikar dan bakul piknik untuk 3 jam!

Alamat : Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.

4. Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Sungai Bumbun

Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli Sungai Bumbun ada;ah pusat komuniti aktiviti seni Orang Asli. Suku kaum Mah Meri ini cukup terkenal dengan ukiran kayu dan tarian kebudayaan Jo'oh. Antara aktiviti yang menarik menanti anda adalah demonstrasi ukiran dan anyaman, pakej tarian jooj, pakej perkahwinan tradisional, penginapan rumah tradisional dan juga penjualan hasil seni dan barangan herba. 

Tiket masuk hanya RM20 untuk dewasa, waktu operasi setiap hari (kecuali hari Jumaat) bermula dari 9 pagi - 6 petang

Alamat : Kampung Manikavasagam, 42960 Carey Island, Selangor.

5. Perkampungan Kebudayaan Mah Meri

Perkampungan Kebudayaan Mah Meri yang didirikan selepas perkampungan asal orang asli. Kat sini, korang boleh menikmati dan merasai sendiri bagaimana suasana berada di perkampungan orang asli yang unik dan lengkap dengan pakaian tradisional mereka, kraftangan dan tarian.

Harga tiket kemasukan

Dewasa Kanak-kanak
RM 20 RM 15

*Hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad, bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

Alamat : Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor.

6. Pantai Kelanang

Kalau dah dekat pantai, tak lain tak bukan mestilah jadi port berkelah untuk korang sekeluarga! Selain dari itu, korang boleh juga berkhemah dan juga main layang-layang. Tak lengkap kalau korang tak nikmati permandangan sunset di sini. Memang ngam jadi port santai bersama yang tersayang.

Alamat : Kelanang Beach, 42960 Pulau Carey, Selangor.

Destination: