Hidden Gem Di Sungai Siput! Ada Air Terjun Tinggi 60 Meter!

June 17, 2022 - 05:20 PM


Sungai Siput ada 'Hidden Gem' tau korang! Lokasi itu diberi nama Lata Penyel. Port ni sebenarnya cukup popular di kalangan  hikers. Selalunya lepas habis hiking di Bukit Berekeh, akan singgah ke sini. 

Antara menjadi tarikan utama di sini sudah tentunya air terjun setinggi 60m! Nak sampai ke sini korang perlu mendaki yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Jangan risau kawasan ni mudah untuk parking kereta korang.

Level dakian yang korang perlu lalui pun cukup landai dan mudah je sebenarnya. Laluanya dakian pun dijaga dengan baik oleh komuniti orang asli yang tinggal di situ. Selain itu, terdapat satu perkampungan orang asli yang diberi nama Pos Yum.

Antara fasiliti yang tersedia:

  • Kawasan parking kereta
  • Rumah buluh dan rotan
  • Tandas

Harga untuk parking adalah RM 5 untuk motorsikal dan RM10 untuk kereta. Kalau korang nak bermalam di pondok yang tersedia pun boleh dengan harga RM80 untuk Rumah rotan dan RM60 untuk Rumah Buluh

Lokasi: Kg Pendeq Pos Yum, Kampung Orang Asli

Sumber & Kredit: JJCMPERAK  (Twitter)

Destination: