[VIDEO] Daki Bukit Gasing Sambil Dukung Bayi 5 Bulan. Bapa 'Terpaling Berani'!

TERKINI
February 08, 2023 - 01:00 PM


Semakin hari semakin ramai golongan ibu bapa yang dilihat terlalu "berani" mendedahkan anak kecil mereka dengan pelbagai aktiviti yang berisiko serta mendatangkan bahaya.

Terbaharu menerusi perkongsian sebuah video di TikTok @syareelizamali memaparkan seorang lelaki yang dipercayai bapa bayi berusia 5 bulan dilihat tenang mendukung bayinya tanpa menggunakan 'carrier' sambil mendaki Bukit Gasing di Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi video berkenaan, pemilik akaun TikTok itu yang terserempak dengan bapa berkenaan ternyata mengagumi lelaki tersebut yang dilihat gigih membawa bayinya yang berusia sekitar 5 bulan hingga ke puncak Bukit Gasing.

"Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.." tulisnya di ruangan kapsyen.

@syareelizamali Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp ♬ original sound - SIA

Dalam temubual secara spontan itu -- bapa tersebut, Muhammad Furqan Othman memaklumkan anakya berusia 5 bulan, Marissa Faitihah Hana itu tidur bermula di awal pendakian.

Katanya lagi, anaknya akan menangis kalau bapanya berhenti lama di pendakian yang mana perkongsian itu mendatangkan rasa kagum pada pemilik akaun TikTok berkenaan.

Tambah bapa ini lagi, tempat paling tinggi pernah dibawa bayinya ialah pendakian ke Bukit Broga dan ada cadangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan -- namun belum merealisasikannya kerana mengakui ia banyak menggunakan tangan.

Lelaki itu juga memberitahu terpaksa membawa bayinya bersama kerana tiada siapa mahu menjaga bayi mereka di rumah.

Malah dia turut mengakui bahawa bayinya itu lebih mudah menangis di rumah, sebaliknya kelihatan lebih tenang apabila berada dekat dengan alam.

Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai yang mendakwa keluarga itu terlalu "berani" membawa bayi mereka yang terlalu muda masuk ke dalam hutan pada usianya.

Apa kata anda? Boleh dipuji atau hurmmmmmm.....

Destination: