Singapura: SOP Dilonggarkan, Tiada Lagi Saringan Suhu Di Tempat Awam

TERKINI
August 16, 2021 - 02:49 PM


Setelah sekian lama bertarung dengan Covid-19, akhirnya negara jiran kita, Singapura mampu menarik nafas lega sedikit lepas prosedur operasi standard (SOP) dalam negara mereka kini dilonggarkan. Menteri Kesihatan Singapura telah mengumumkan bahawa saringan suhu badan di tempat awam kini tidak lagi diperlukan, bermula Khamis (19 Ogos 2021).

Pengumuman tersebut dibuat sejajar dengan proses pemberian vaksin dalam negara mereka. Kebanyakan tempat awam kini seperti pusat membeli belah mereka akan berhenti mengambil suhu pengunjung. Frasers Property Retail yang menguruskan 14 pusat membeli belah di Singapura telah mengesahkan bahawa mereka akan berhenti mengambil suhu pengunjung, namun proses pengecaman kontak rapat masih akan dijalankan. 

Selain daripada SOP saringan suhu yang dilonggarkan, Singapura turut akan membenarkan beberapa perkara lain seperti berikut: 

  • Tempat kerja dibenarkan beroperasi semula dengan kapasiti 50%. 
  • Kapasiti pusat beli belah, panggung wayang, kapal, pusat sumber, dan tempat-tempat tarikan akan ditingkatkan. 
  • Makan di dalam kedai makan akan membenarkan makan berkumpulan sehingga 5 orang. 
  • Berkumpul juga kini dibenarkan had kepada 5 orang. 
  • Majlis agama, sukan, perkahwinan kini boleh diadakan bagi mereka yang sudah diberikan vaksin lengkap. 

Mereka yang tidak menerima vaksin lengkap turut dibenarkan untuk makan di dalam kedai namun hanya terhad kepada 2 orang semeja.