Indonesia Tersenarai Sebagai Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia Tahun 2019

TERKINI
October 16, 2019 - 01:38 PM


Negara jiran, Indonesia baru – baru ini mendapat tempat pertama di “Top 20 Countries In The World : Readers Choice Awards 2019” dari majalah travel luar negara Conde Nest Traveller. Pada kami, pencapaian tersebut sepatutnya dicontohi oleh negara kita sebabnya tahun 2018, Indonesia hanya berada pada tangga ke 15.

Ketika meneliti senarai pemenang, nama Malaysia tidak tersenarai dalam Top 20 tersebut. Agak mengecewakan. Namun, apa yang kami boleh rungkaikan, tahun ini lebih banyak negara dari rantau Asia Tenggara sebagai contoh; Thailand (2), Sri Lanka (4), Filipina (8), Vietnam (10) dan Jepun (12).

Tahun lepas, anugerah ini dimenangi oleh Itali yang kini berada di tangga ke- 9. Walaubagaimanapun, kita tidak perlu bersedih kerana ianya hanyalah pilihan pembaca dan berkemungkinan besar pembaca majalah tersebut tidak ‘mengetahui’ tentang Malaysia.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang tahun ini menurut pilihan pembaca Conde Nest Traveller.

Indonesia 92,78

 

Thailand 92,37

 

Portugal 91,94

 

Sri Lanka 91,79

 

Afrika Selatan 91.59

 

Peru 91.28

 

Greece 91.18

 

Filipina 90,63

 

Itali 90.62

 

Vietnam 90,46

 

Turki 90.15

 

Jepun 89,74

 

Mexico 89.7

 

Tanzania 89,62

 

Israel 89,54

 

Colombia 89.41

 

New Zealand 89.11

 

Ireland 89,08

 

Kemboja 89,03

 

Croatia 88.83

 

- CNTRAVELLER

Destination: