Berpesta Di Perkampungan Olimpik, Atlet Australia Tinggalkan Katil Patah, Lubang Di Dinding, Dan Muntah
TERKINISebelum ini tular tentang kisah katil di perkampungan olimpik di Tokyo 2020 yang diperbuat daripada kadbod. Kini beberapa atlet dari kumpulan ragbi Australia dan kumpulan mendayung sedang menerima padah selepas khabar angin mengatakan mereka meninggalkan bilik mereka di perkampungan olimpik dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan.
Telah dilaporkan bahawa kelakuan mereka yang tidak dapat dimaafkan tersebut berlaku selepas mereka mengadakan pesta di perkampungan olimpik tanpa kebenaran.
Antara kerosakan yang dilaporkan adalah katil yang patah, dinding berlubang, dan bekas muntah yang ditinggalkan. Menurut laporan, kumpulan tersebut telah menamatkan acara mereka di temasya sukan tersebut, berpesta, kemudian memusnahkan asrama atlet mereka.
The Australian Olympic Committee memberi respon yang mereka tidak berpuas hati dengan kelakuan atlet-atlet tersebut, namun tindakan disiplin tidak akan diambil kerana atlet-atlet tersebut telahpun memohon maaf.
Menurutnya kerosakan yang berlaku adalah kecil, dan katil yang patah itu memang dibina pada keadaan yang rapuh dan memang akan patah bila-bila masa sahaja.