Hati - Hati Dengan Matawang Euro Palsu Di Money Changer Malaysia

TERKINI
January 28, 2020 - 11:23 AM


Sebuah perkongsian seorang pengguna Fb dengan nama Faidz Ashrofie di group Backpackers Buddies Malaysia mendedahkan sebuah kes penipuan matawang Euro yang berlaku kepada salah seorang peserta group travel yang dibawanya.

Difahamkan, mereka hanya menyedari duit kertas 50 Euro kepunyaan mereka adalah palsu selepas membuat bayaran di sebuah restoran di Granada.

Menurut cerita, mangsa mempunyai 3 keping duit Euro yang ditukar di Giant Shah Alam (tak pasti mana satu yang berikan wang palsu) dan kalau diperhatikan daripada gambar, memang susah nak nampak menggunakan mata kasar.

Dalam posting berkenaan, ada juga dikongsikan cara mengenal matawang EURO palsu dan betul dan mereka menggunakan marker pen khas untuk menguji ketulenan duit.

Lihat gambar dibawah untuk penjelasan :

Atas - Palsu - gambar bangunan blur & tak cantik | Bawah - Ori - Gambar bangunan printed cantik

Palsu - Garisan kekal basah

Berikut adalah tips untuk mengesan duit EURO tulen :

CARA UJI DUIT EURO TULEN :
 

p/s : Berhati – hati semasa menukar duit dimana – mana cawangan money changer, moga tak terjadi kepada orang lain.