Akibat Cuaca Buruk, Operasi Redang Bay Resort Tangguh 2 Minggu

TERKINI
March 03, 2022 - 02:20 PM


Operasi sebuah resort di Pulau Redang yang sepatutnya dibuka mulai bulan ini mungkin ditangguhkan ke dua minggu lagi susulan kerosakan dialami akibat cuaca buruk.

Pemilik Redang Bay, Lim You Jing, berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan di premis miliknya kerana banyak kemudahan dipukul angin kencang dan ombak.

“Lazimnya, operasi resort di Pulau Redang bermula 1 Mac, namun disebabkan keadaan cuaca buruk yang luar biasa, kami belum bersedia untuk menerima kehadiran pengunjung bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Selain untuk membaik pulih kemudahan yang rosak akibat ribut, kami mungkin memilih untuk menunggu sehingga cuaca betul-betul reda sebelum kembali beroperasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, You Jing berkata, ketika ini sudah ada beberapa resort di pulau peranginan itu yang beroperasi seperti biasa dan mulai menerima kunjungan ramai pelancong. 

Destination: