Arab Saudi Mula Laksana Perintah Berkurung 24 Jam Di Mekah, Madinah

PANAS
April 03, 2020 - 01:18 PM


Selepas beberapa hari mengumumkan kepada dunia agar umat Islam menangguhkan dahulu hasrat untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah ke tanah suci, kini Arab Saudi mengenakan pula perintah berkurung 24 jam kepada rakyatnya di Mekah dan Madinah, sehingga diberitahu kelak.

Kesemua itu diputuskan kerajaan Arab Saudi sebagai langkah mereka untuk memerangi penularan wabak COVID-19.

Perintah berkurung 24 jam itu bagaimanapun mempunyai beberapa kelonggaran seperti :-

1) Hanya orang dewasa dibenarkan keluar rumah untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dari 6 pagi hingga 3 petang.

2) Maksimum dua orang dibenarkan berada dalam sebuah kereta pada satu-satu masa, termasuk pemandu.

3) Larangan itu terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting.

4) Hanya farmasi, kedai bekalan makanan, stesen minyak dan perkhidmatan perbankan dibenarkan beroperasi. 

5) Rakyat dan penduduk diseru menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan.

Sumber: Bernama

Destination: 
Artikel berkaitan