Belum Dibuka Kepada Umum, Taman Tasik Titiwangsa Mula Diceroboh Dan Dirosakkan

TERKINI
December 03, 2019 - 11:06 AM


Walaupun bakal dibuka pada Januari nanti, nampaknya segelintir orang kita sudah ‘tidak sabar’ untuk menggunakan Taman Tasik Titiwangsa.

Dalam satu pengumuman di laman Facebook pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terdapat segelintir pihak yang telah meceroboh kawasan Taman Tasik Titiwangsa serta memijak pokok – pokok renek serta pokok bunga yang ditanam disana.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak ini secara tidak langsung melambatkan proses penambahbaikan taman tasik ini.

Pihak DBKL dalam masa yang sama turut mengeluarkan amaran kepada penceroboh dan sekiranya didapati bersalah, penceroboh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun.

Kalau berani, cerobohlah lagi! Jangan disebabkan segelintir, habis orang ramai terpaksa tunggu lama untuk menggunakan taman berkenaan yang kalau diikutkan bakal dibuka Januari nanti.