Gagal Tarik Pengunjung, Festival Danau Toba 2020 Mungkin Dibatalkan
TERKINIFestival tahunan Danau Toba 2020 (Lake Toba Festival) akan dibatalkan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pentadbir Sumatra Utara kerana acara kurang mendapat sambutan pada edisi sebelum ini yang berlangsung pada Disember 2019 baru – baru ini.
Menurut Gabenor Sumatra Utara, Edy Rahmayadi acara ini akan dipertimbangkan dari masa ke masa.
Difahamkan, tetap ada acara yang akan dilakukan dengan nama dan aktiviti yang berbeza selain acara gantian ini haruslah berjaya menarik pelancong untuk ke Danau Toba kerana Festival Danau Toba ternyata gagal untuk menarik minat orang ramai.
Salah satu perkara yang dicadangkan adalah aktiviti yang diadakan di Danau Toba perlu mempunyai tarikan tersendiri selain dapat menarik minat pelancong asing sebagai contoh acara sukan triathlon, acara larian dan sebagainya.
Selain kurang mendapat sambutan, salah satu sebab acara ini bakal dibatalkan ialah disebabkan penukaran tarikh saat akhir daripada bulan Disember kepada Jun, iaitu tarikh cuti persekolahan.
Namun begitu, cadangan pembatalan acara ini turut mendapat tentangan dari pemerintah Utara Tapanuli kerana acara berkenaan tidak mencapai potensi sebenar selain ia boleh diperbaiki dengan melantik dan bekerjasama dengan pengurus acara professional.
Festival Danau Toba merupakan salah satu festival tahunan yang telah wujud dan dikenali sejak tahun 1980 .