The Gardens Mall Sediakan Pengisian Semula Hand Sanitizer Setiap Hari Isnin, Rabu dan Jumaat

TERKINI
March 13, 2020 - 10:00 AM


Dalam usaha menggalakkan pengguna menjaga kebersihan diri dan sentiasa mengamalkan penggunaan sanitizer, The Gardens Mall ada menyediakan perkhidmatan pengisian semula hand sanitizer sehingga 50ml secara percuma.

Syaratnya mudah; pengguna hanya perlu memakai topeng penutup muka dan membawa botol sanitizer yang kosong dan bersih.

Pengisian semula ini boleh dilakukan di kiosk yang disediakan di Ground Floor setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 2 petang hingga 3 petang, namun ia hanya terhad kepada 50 pengunjung pertama sehingga kehabisan stok.

Menurut laman web The Gardens Mall, Kuala Lumpur ini, sebenarnya mereka telah memulakan kempen ini sejak 24 Februari lagi dan ia akan berakhir pada 20 Mac 2020. Kami menjangkakan bahawa kempen ini berkemungkinan dilanjutkan disebabkan keadaan semasa Covid-19 di Malaysia.

Untuk mendapatkan pengisian semula secara percuma ini, pengunjung hanya perlu membawa botol kosong yang bersih dan hanya 50ml akan diberikan kepada setiap pengunjung tanpa mengira saiz botol yang dibawa.

Proses pengisian semula ini difahamkan akan dibuat oleh staf yang bertugas.

Destination: