Harimau Liar Kejar Kenderaan Safari Yang Penuh Dengan Pelancong

PANAS
December 05, 2019 - 12:11 PM


Sekumpulan pelancong di utara India mengharungi detik – detik yang mencemaskan pada Sabtu lalu apabila seekor harimau liar bertindak mengejar kenderaan safari yang dinaiki oleh mereka.

Menurut video yang dirakam di Taman Negara Rathambore di Rajastan, India ini menunjukkan kenderaan safari (tidak pasti sama ada jeep atau lori) telah berhenti di sebuah jalan untuk memberikan peluang kepada pelancong mengambil gambar seekor harimau yang dikenali sebagai Sultana.

Walaubagaimanapun, Sultana mencetuskan keadaan cemas apabila mengekori kenderaan tersebut dan mula berlari dan mengejar kenderaan yang dinaiki oleh pelancong ini sekitar 30 meter.

Pemandu kenderaan berkenaan cuba berhenti dan berundur selain membunyikan enjin dengan kuat untuk menghalau Sultana namun ia tetap mengejar kenderaan terbabit sejauh beberapa meter sebelum menghilangkan diri.

Penduduk tempatan menyalahkan perkembangan industri pelancongan yang mengakibatkan harimau – harimau disana menunjukkan tingkahlaku yang berbeza, mungkin mereka marah kerana terlalu banyak dan kerap kenderaan safari ini keluar masuk ke kawasan mereka.

Destination: