Jom Ke Karnival Terbesar NS Fest 2019, Dari 17-20 Okt Ini!

TERKINI
October 11, 2019 - 12:24 PM


Berita baik untuk orang Nogori atau Nismilan!

Buat pertama kalinya, karnival terbesar di Negeri Sembilan atau "NS Fest 2019" bakal diadakan di Dataran Nilai dari 17 hingga 20 Oktober ini.

Festival selama 4 hari itu akan menggabungkan 3 program utama iaitu 'Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan', 'Bulan Usahawan Negeri Sembilan' dan program baharu 'Food Fest Negeri Sembilan'.

Dengan kata lain, NS Fest 2019 yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung melibatkan 226 gerai jualan dan pameran.

Antara acara yang disusun ialah pertandingan masakan, persembahan artis jemputan, persembahan kumpulan dram dan gendang, demonstrasi masakan, program santai seperti 'buskers' dan 'hot air balloon' serta temuduga di bawah Jobs Malaysia dan Forum Perdana.



Bagi kaki makan atau 'food hunter', aneka juadah popular Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api pun boleh didapati di NS Fest 2019.

Selain 51 jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, turut menyertai NS Fest kali ini ialah 60 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), 60 usahawan Industri Asas Tani (IAT) dan 60 pengusaha makanan tradisional.

Seramai 300,000 orang dijangka akan mengunjungi NS Fest 2019 -- yang bertujuan mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan serta mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada orang Nismilan malah juga dari negeri-negeri lain.

Sumber: Bernama

 

 

Destination: