Kereta Api Funikular Bukit Bendera Pulih Sepenuhnya
TERKINITergendala sejak 8 malam Sabtu, perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera semalam beroperasi semula sepenuhnya pada 4.45 petang semalam (Ahad).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Bukit Bendera (PHC), kawasan pelancongan tersebut telah dibuka semula kepada orang ramai selepas kerosakan sistem kereta api funikular itu berjaya dipulihkan.
Kerja – kerja membaik pulih sistem yang terjejas kelmarin berjaya diatasi dan perkhidmatan keretapi Bukit Bendera mula beroperasi. Kaunter tiket dibuka kepada orang ramai sekitar 4.30 petang dan operasi bermula pada 4.45 petang semalam.
Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu tersebut menyaksikan lebih 900 pengunjung terkandas di Bukit Bendera sejak jam 8 malam akibat kerosakan pada sistem mereka.
Kesemua pengunjung berjaya diturunkan sepenuhnya dalam keadaan selamat pada 1.03 pagi.