Kini Anda Boleh Tempah SoCar Untuk Perjalanan Sehala Antara KL Ke JB dan Penang
TERKINIUntuk yang pernah menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta SoCar, mereka baru – baru ini menawarkan tempahan kereta sehala untuk perjalanan antara bandar bagi memudahkan lagi perjalanan.
Ini bermaksud, kereta boleh diambil di Kuala Lumpur dan boleh ditinggalkan di Johor Bahru ataupun Pulau Pinang.
Ciri – ciri tempahan kereta antara bandar ini pada awalnya dikenakan bayaran RM200, kini ia ditawarkan tanpa sebarang cas tambahan. Maknanya, selepas ini, tempahan untuk perjalanan sehala antara bandar ini perlu membayar cas tempahan SoCar dan jarak tambahan sahaja (yang mana berkenaan).
Buat masa sekarang, tawaran antara bandar ini hanya ada beberapa lokasi terpilih sahaja di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Lokasi ‘pick-up’ dan ‘arrival’ ditandakan dengan ‘Intercity Pin’ dalam aplikasi Socar.
Zone Pickup Antara Bandar :
Kuala Lumpur (Lembah Klang)
Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
Bangsar – KTM Kuala Lumpur
Bukit Bintang – Lot 10 Shopping Centre – Valet Carpark
Mont Kiara – Desa Sri Hartamas
Wangsa Maju – Open Site – PV 128
Subang Jaya – Open site – Lot 50700
Subang Jaya – Everyday Mall
Cyberjaya – The Arc
PJ South – Open Site – Durian SS2
Shah Alam – KTM Batu 3
Johor Bahru
Ah Yit – Parking Lot
Nong Chik Riverside
KSL Hot Spring Resort
Sutera Mall
Pulau Pinang
Bayan Lepas – PS Bayan Baru
George Town – Lorong Kinta – Open Site
Butterworth – Tesco Extra Seberang Jaya
Intercity Arrival Zones
Kuala Lumpur ( Klang Valley )
Bangsar – MidValley City – Zone C P1 Entrance
Subang Jaya – Open Site – Lot 50700
Johor Bahru
Ah Yit – Parking Lot
Pulau Pinang
Bayan Lepas – Arena Curve
Sebelum membuat tempahan, caj yang dikenakan pada 20km sejam atau 240km sehari. Kalau lebih daripada jarak itu, akan dikenakan RM0.35 per km (bergantung pada jenis kenderaan).