Kisah Putera Arab Saudi Yang Dah 'Tidur' Selama 15 Tahun & Pernah Diisytihar Meninggal Dunia

TERKINI
October 04, 2021 - 05:26 PM


Seperti yang kita semua maklum Kerabat Diraja Arab Saudi sememangnya terkenal dengan jumlah kekayaan yang luar biasa serta dikagumi oleh masyarakat seluruh dunia.

Tetapi korang tahu tak sebenarnya ada sisi cerita sedih yang dialami oleh keluarga besar kerabat itu yang mungkin tak ramai tahu...

Salah seorang daripada putera Arab Saudi yang bernama Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal telah koma selama 15 tahun lamanya dan lebih menyayat hati lelaki itu pernah diisytiharkan sebagai meninggal dunia.

Kisah putera Arab Saudi itu kembali viral baru-baru ini selepas anak saudaranya, Puteri Rima bin Talal memuat naik hantaran berbentuk video dengan ucapan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Saudi pada 23 September lalu.

Kalau korang nak tahu, Putera Al-Waleed koma selama 15 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menyambung pelajaran di kolej ketenteraan di London pada tahun 2005.

Video Beri Respon Kepada Doktor 

Pada Oktober tahun lepas, Putera Al-Waleed pernah dikatakan memberi respon kepada arahan doktor yang merawatnya selepas satu video dimuat naik menunjukkan beliau menggerakkan jari dan tangannya beberapa kali.

Pernah Diisytiharkan Meninggal Dunia

Sebelum itu, pada April 2020 -- Putera Al-Waleed pernah diisytiharkan meninggal dunia secara klinikal oleh pasukan perubatan yang terdiri daripada 3 doktor Amerika Syarikat dan seorang doktor Sepanyol selepas usaha menghentikan pendarahan daripada kepalanya masih tidak berjaya dan beliau tetap berada dalam keadaan koma.

Bagaimanapun, Ayahanda baginda, Putera Khaled bin Talal menegaskan mesin sokongan tetap akan diteruskan dengan harapan anaknya akan pulih.

“Seseorang telah bertanya kepada saya, mengapa anda tidak melepaskan alat itu daripada anak lelaki anda?

Saya menjawab, ‘sekiranya kehendak Tuhan mahu dia meninggal dunia dalam kemalangan itu, maka anak saya tidak akan berada di kuburnya, tidak memerlukan pertolongan saya sekarang untuk pulih’.

Saya akan bersabar, puas dan yakin dengan apa yang telah ditentukan Tuhan.

Dan saya percaya pada-NYA, yang kektuannya ditinggikan, yang memelihara jiwanya (Putera Al-Waleed) selama ini dapat menyembuhkan dan memulihkan anak saya. “

Sumber: Odisi

Destination: