Lembah Klang Tukar Ke Fasa 2 - Rentas Negeri Antara Selangor, KL, Putrajaya Dibenarkan

TERKINI
September 08, 2021 - 08:50 PM


Ini pasti menjadi berita yang sangat dinanti-nantikan terutama bagi warga kota dan Selangor!

Bermula Jumaat ini (10 September) -- Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Program Pemulihan Negara (PPN).

Atau dalam erti kata lain pergerakan antara negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan tanpa sebarang sekatan jalan raya.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas penilaian risiko semasa dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 pada hari Rabu pada (8 September 2021), bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2, bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa 10 September 2021," katanya.

Bukan sahaja kebebasan kepada rentas daerah itu, malah ada juga beberapa kelonggaran lain yang turut diumumkan Kerajaan. Antaranya :

1) Aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap bagi individu yang lengkap dua dos vaksin turut diberi 'lampu hijau'.

2) Membenarkan aktiviti sukan indoor (kecuali gimnasium) kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin. Bagaimanapun penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu dan pematuhan SOP.

3) Sektor perdagangan dan pengedaran turut dibenarkan beroperasi pada 10 September ini. Ia melibatkan perniagaan kedai bunga atau nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan.

4) Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran tambahan bagi negeri di bawah Fasa 2 dan 3.

Sumber: Astro Awani

Destination: