Malindo Air Jadi Mangsa Godam Siber, Data Jutaan Penumpangnya Bocor!

VIRAL
September 19, 2019 - 11:30 AM


Malindo Air, anak syarikat Lion Group di Indonesia, mengesahkan pada Rabu (18 Sep) bahawa ia sedang menyiasat pembocoran data melibatkan butiran peribadi para penumpangnya.

Malindo Air mengeluarkan kenyataan itu selepas syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Moscow, Kaspersky Lab, mendedahkan bahawa maklumat peribadi milik sekitar 30 juta penumpang Malindo dan sebuah lagi anak syarikat Lion Group, iaitu Thai Lion Air, dimuat naik ke forum-forum online.

Laporan itu turut menyatakan butiran yang dibocorkan termasuk butiran pasport, alamat dan nombor telefon penumpang.

Malindo Air menyatakan pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa antarabangsa mengenai insiden itu dan menasihatkan para penumpang dengan akaun pelanggan setia supaya menukar kata laluan akaun masing-masing.

Bagaimanapun, syarikat enggan mendedahkan lebih banyak butiran berhubung siasatan yang dijalankan termasuk berapa ramai pelanggan yang terjejas.

Namun, Malindo Air bertegas pihaknya tidak menyimpan sebarang maklumat mengenai bayaran pelanggan dalam server-server mereka.

"Kami sedang memaklumkan pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negeri, termasuk CyberSecurity Malaysia. Malindo Air juga sedang berurusan dengan perunding keselamatan siber bebas untuk menyiasat dan melaporkan insiden ini," menurut kenyataan syarikat itu.

Fail-fail tersebut dimuat naik dan disimpan dalama Amazon Web Services (AWS), sejenis sumber pengkomputeran awan. 

Menurut Kaspersky, sebahagian pangkalan data yang dibocorkan kini ditawarkan untuk dijual dalam web gelap.

Untuk rekod, sebelum ini Lion Air menarik perhatian masyarakat antarabangsa pada Oktober lalu apabila salah sebuah pesawat baru Boeing 737 MAX miliknya terhempas di Laut Jawa, mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapal.

Sumber: Malindo Air 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video