MAS Lancar Kempen FLY Malaysia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

TERKINI
October 17, 2019 - 12:10 PM


Malaysia Airlines (MAS) semalam melancarkan kempen Fly Malaysia dalam usaha untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020 atau Visit Malaysia 2020. #VM2020

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), Izham Ismail, Fly Malaysia ini diadakan untuk mengembalikan nostalgia rakyat Malaysia terhadap ikon penerbangan negara selain memaparkan sikap keramahan dan mersa.

Untuk pelancong, kempen Fly Malaysia ini bakal mempromosikan Malaysia di mata dunia dengan sokongan dan perjanjian dengan Lembaga pelancongan di seluruh dunia. Fly Malaysia dalam masa yang sama turut berusaha sebaiknya untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan sambil mengadakan kerjasama dengan Tourism Malaysia sendiri.

Dalam masa yang sama, kempen Fly Malaysia ini mengharapkan sambutan daripada orang kita sendiri dengan mengambil bahagian dalam beberapa inisiatif yang dilakukan di media sosial bagi mempromosikan Malaysia.

Untuk pengetahuan, MAS telah menawarkan penerbangan di Malaysia lebih daripada 70 tahun sehinggalah hari ini dan ia juga menghubungkan Malaysia dengan lebih 1000 destinasi lain.

Sepanjang kempen berlangsung, logo wau pada MAS akan dihias dengan kemasan bermotifkan batik dan songket untuk melambangkan kekayaan budaya, warisan dan kepelbagaian di Malaysia.