Nak Explore Mossy Forest? Anda Perlu Guna Khidmat Ejen Pelancongan!

TERKINI
March 11, 2022 - 04:35 PM


Semua kawasan ekopelancongan yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini sudah dibuka sepenuhnya dengan kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bermula Isnin lalu.

Namun, berdasarkan kenyataan JPNP, penggunaan perkhidmatan ejen pelancongan telah ditetapkan untuk mana-mana pelancong yang berhasrat ke Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest, dekat Cameron Highlands.

Menurut kenyataan itu, terdapat kejadian tanah runtuh di jalan masuk ke stesen VHF Gunung Brinchang yang merupakan jalan akses ke TER Mossy Forest semasa musim tengkujuh pada Disember tahun lalu.

“Kejadian itu menyebabkan jalan tersebut berbahaya kepada kenderaan biasa dan pemandu yang tidak mahir di jalan itu. Keadaan jalan akses ke TER Mossy Forest termasuk kawasan tanah runtuh tidak sesuai untuk kenderaan biasa. Bagi keselamatan dan keselesaan pengunjung, hanya kenderaan lasak pacuan empat roda (4WD) boleh diguna pakai untuk ke TER Mossy Forest,” kata JPNP.

JPNP berkata, penggunaan perkhidmatan ejen pelancongan akan menjamin keselamatan pengunjung terutamanya semasa melalui kawasan berisiko tinggi (tanah runtuh dan jalan terputus).

So untuk melancarkan perancangan korang, lebih baik gunakan perkhidmatan ejen pelancongan okay!

Destination: