Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2020 Ditunda

TERKINI
March 09, 2020 - 10:07 AM


Pesta Belon Udara Panas Putrajaya yang merupakan acara tahunan yang sering menjadi tumpuan saban tahun dibatalkan.

Acara yang sepatutnya berlangsung dari 19 hingga 22 Mac 2020 ini telah dibatalkan atas kebimbangan mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat terutamanya di negara ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Perbadanan Putrajaya dan pihak penganjur, AKA Baloon Sdn. Bhd baru – baru ini, acara yang dijadualkan berlangsung di Presint 2 Putrajaya tersebut dibatalkan kerana kekhuatiran status semasa serta bagi mengelakkan wabak berkenaan lebih tular.

Bagi mereka yang telah mendapatkan tiket, pemulangan bakal diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang bayaran balik adalah pada 22 Mac 2020.

Untuk pengetahuan, acara tahunan ini mensasarkan sejumlah lebih dari 200,000 pengunjung dan ia merupakan pesta tahunan yang sering mendapat sambutan orang ramai dari dalam dan juga luar negara.

Bagi mendapatkan lebih info mengenai proses pemulangan, ia boleh dilakukan di https://www.myballoonfiesta.com/refund.

Kaji Selidik Mengenai Trend Melancong Rakyat Malaysia Selepas Berlakunya COVID-19